Program Bulan Bahasa Melayu 2017

Bulan Bahasa Melayu 2017 anjuran Unit Kursus-kursus Universiti (University Courses Unit) telah berlangsung dari 16 Oktober 2017 sehingga 17 November 2017. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk, mendedahkan keunikan bahasa Melayu daripada pelbagai aspek, meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa Melayu, menimbulkan minat dalam kalangan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu serta melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotik bertunjangkan bahasa Melayu.

Sebanyak empat pertandingan diadakan sepanjang berlangsungnya Bulan Bahasa Melayu. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mengarang esei, pertandingan pementasan teater yang diadakan pada 6 November lepas, pertandingan pidato yang berlangsung pada 10 November 2017 serta pertandingan pantun antara pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Teknologi Sarawak yang mana saringannya telah diadakan pada 20 dan 27 Oktober, manakala pertandingan akhir berlangsung pada 17 November 2017. Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu 2017 telah disempurnakan dengan jayanya pada 17 November 2017 di Dewan Kuliah A, Koleh Universiti Teknologi Sarawak.